Sunday 21 August 2016

Gold Coast, Morib

Assalammualaikum, 

Hehe dah lama rasanya tak update blog. Hari ni nak story pasal kita punya family gathering last week. Dah lama tak bercuti dgn family tercinta. So kena la story mory sikitkan :) We decide to pergi Gold Coast Morib dekat Banting on 19th August 2016 weekdays so takde la ramai macam weekend kan. Then nak mandi kat waterpark takde la ramai sgt. Weols tak booking via booking.com or agoda. Weols buy voucher Matta Fair from my friend Ain K dgn harga RM160. Sangat2 berbaloi okay. Perjalanan dr KL ke Morib mengambil masa dlm 2jam jugak la. Pergh! Panasssssss woiiii hahahahahhahaha. Berpeluh2 dak Leia dalam kereta.

Ok, sampai je kat dh dapat check in around 12:30pm. Sebab ada bilik kosong. Actually check in time 3pm. But weols dh penat just ambil je bilik view garden, hmm takde la garden sgt. Garden dia tu parking okay! Funny. Boleh je if nak bilik view waterpark, tapi kami kena wait until 3pm la. Tapi tak larat dh la penat dgn kakak i sakit gigi hahah spoil mood holiday dia. kekeke sape suruh takut cabut gigi. Padan muka! :D

Bilik sangat la besar! boleh berkampung lg. And part paling best ada jacuzzi uols! seronok hoi!

Haa tengok dak Aqib seronok dia. hehehe

Actually ada je King Bed. Tapi kena tggu. Kami malas tunggu. hehe

see the jacuzzi! tingkap utk skodeng anak uols he he he

Ok habis picture untuk bilik tu. Masa kami sampai tu tghari sebelum solat jumaat. So suami2 semua pergi solat jumaat area2 sana tu lah dan bawa pulang nasi ayam kukus! Besar bagak ayam dia. kenyang sampai ke sudah. RM5 je pun. Suami i beli sampai 3 bungkus! 

Lepas makan anak2 semua dh bising nak p mandi kolam besar. JOM!!

Auni paling suka! 





Suka anak mami yeeee

Ok, malam aktiviti kitorg berBBQ la di tepi pantai. Ada satu Restoran The Pier tepi pantai. Ada set BBQ RM48 for 2 person. Elok sgt la kan. Tak payah booking2 terus walk in je. Petang tu sempat jugak la pergi survey tempat nak dinner ni. Cantiknya view! Waktu petang la. Malam gelap gelita. kahkahkah! 


not me. my sisthurrrrrr niii

Ok balik bilik dan bersiap2 untuk aktiviti malam. MAKAN!! Waktu malam tak ramai sangat makan dekat sini. Time tu family weols je yg ada. So rasa macam restoran ni "Aku yang punya" hehehe

Masing2 busy membakorrrrr

Bakar sendiri yeeee. best~



Sempat la celebrate birthday husband i and ayyen


The Kamal's

Ok kenyang dah semua. Memasing pun penat jugak. Berendam kemain lama petang tu. Then malam keluar makan. Semua balik bilik dan tidur. Cuma i ngan laki ni kaki game Pokemon Go. Pergh! Banyak gilaaaaaa pokemon. Best menangkap. Dah la sume rare punya. Suka weols! hahahahhaha!

HAHAHAHAAHHAHAA!

Ok habis dah cerita. Esok tu bfast mandi2 and check out. Tu jelah story i yang seberapa ni. heheh ok enjoy guys! 

Tuesday 24 May 2016

KRABI KAMI DATANG!!! Part 1

Assalammualaikum,

Lama betul tak menulis blog ni. Rasa rindu pulak. Okay this time nak story pengalaman bawak baby kecik holiday ke pulau. Sebelum nak pergi ni mata dok membaca blog blogger2 yang berpengalaman je. Maklum la 1st time kan bawak budak kecik. 

Hari pertama otw ke Klia dulu pape pun. Park kereta dekat putrajaya sentral dulu. Kalau park dekat KLIA mak aiii mahai wei! Kat putrajaya sentral murah sikit, takde la beratus2 utk 4hari. 

Haa anak memang kena muka serius sikit. Sbb takleh berlari muka masam je!

Yeay naik train dah! 

Ok sampai je KLIA kita p hantaq beg kita dulu ye.


Bagus beg ni macam2 boleh sumbat! 



Terjumpa pulak bf anak i. Hmm bambam


Okay settle beg pergi masuk dalam semua settle apa patut. Sebelum masuk flight buat susu anak siap. Makanan and susu anak lepas ye. Don't worry uols :) 


Nak masuk dah! 




Leia takmo sleep plak. Risau dia cranky je satg. Alhamdulillah memula dia okay cuma dia rimas la sikit sempit haha! Lepas tu Leia sleep sampai la kat Krabi! Good girl don't cry! Hahaha 

Perjalanan dari KL ke Krabi ambil masa selama 1jam 45minit. Lebih kurang la.

Weehoo! 

Okay sampai je Krabi Airport buat la benda yang biasa korang buat p cop2 passport ye. 

Kena beratur sikit la ye (gambar google je) maklum la ada anak tangan takleh pegang hp.

Lepas tu kalau korang yg muda2 single mingle p dgn kawan korang naik bus je terus p ke krabi town or aonang. Tengok korang stay mana la. Better stay Aonang . Best macam2 ada happening dari Krabi town. Aonang jugak mudah nak cari halal food. Okay kalau naik bus 150baht sorg. Kalau taxi 600baht satu taxi. Taxi bukan sebarang taxi. Dia bagi korang van tau! Boleh masuk ramai2 korang boleh share2 and cepat smpai. Naik bus banyak stop stop okay.

(Google image) kat sini la korang boleh amek bus and taxi! 



Haa ni bus ye. Aircond tau jukjuk jugak. (Google image)

Haa taxi macam ni. (Google image) kita naik taxi sbb nak cepat sampai hahaha!

Dari airport ke aonang lebih kurang 30 minit ye . 

Okay habis dah story pergi dan sampai Krabi Airport ye. Nanti sambung citer island hopping, hotel and makan makan!! Hehehe

Tuesday 30 June 2015

Arissa Leia Medina

Assalammualaikum... 

Punya la lama tak story mory kat sini. Berhabuk haa! Hahaha maklum la kita busy melahirkan seorg princess yg comel lote ni haaa. Arissa Leia Medina Binti Mohd Aidil Azahar. Amek kau nama dia kemain nak panjang lebaq! Hehehe 


 Hehe ni la Leia lepas dilahirkan. Omeynyewwww anak mummy. Hehe

Skrg Leia dh nak masuk 3bulan. Ok memula ni belanja gambar anak dlu. Nanti new entry baru story PENGALAMAN BERSALIN.

Leia baru bape saat keluar dr perut!

Leia berusia 3 hari

Leia berusia 7 hari !

Leia 10 hari (22april mummy birthday!)

Yang ni 27 hari

Leia sebulan! 

Leia 2 bulan ! 

Leia 2 bulan setgh. Hehhehe

Ok cukup lah yer. 3bulan punya gambar takde lagi. Coming soon... Hewhew 

Ok byeeeee

LOVE,
ArisaExura

Sunday 13 July 2014

Resepi biskut coklat chip ala famous amos!

Bebulan puasa ni memang hot la oven kan. Resepi2 kuih raya pun naik lah kat pc korang kan? Termasuklah kita ni haa. Haha! 

Ok hari ni nak share resepi biskut coklat chip ala-ala famous amos tuuuuu. Ni resepi paling mudah la ni.

Bahan bahan : 

1) 2 cawan gula castor ( kita guna 1stgh cawan je) , 1 buttercup.

2) 4biji kuning , 1 penutup teh esen vanilla. 

3) 4 cawan tepung penaik , 1cawan milo/koko (kita guna koko brand giant je)

4) 1 camcam teh soda bikarbonat , chocolatechips.

Ok sorry for this story tak banyak gambar. Hukhuk. Ok sambung story. 

*sebelum tu panaskan oven 20minit dgn suhu 180c*

Cara-cara : 

Pertama : 

Campurkan bahan 1.

Kedua : 

Campur Bahan 2. Sblm tu kacau dulu kuning telur bersama esen vanilla. 

Ketiga :

Masukkan milo/koko dulu. Pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan 1cawan smpai lah 4cawan. 

Keempat :

Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu chocolatechips ikut suka nak banyak mana.

Kelima : 

Bentukkan ikut suka. Bakar adunan selama 10-15minit dgn suhu 150c. (Time dgn suhu panas ni elok korg adjust sendiri. Ikut oven masin2)

Tadaaaaaaa!!! Mmmdapp hahahahaha 




LOVE,
ArisaExura

Sunday 6 July 2014

Resepi Nutella Brownies (3 bahan je!)

Hari ni nak kongsi resepi Nutella Brownies! Bahan dia 3 je tau. Senang gile nak buat.

Bahan-bahan : 

-Nutella (200g)
-Tepung Gandum (9 sudu besar)
-2 biji telur 

First sekali korang campur nutella dgn 2biji telur. Kacau sampai sebati yer. 


Lepas tu masukkan tepung sikit demi sedikit. Ala korg pakai je mixer. Kita malas nak keluarkan mixer so pakai kekuatan tangan jer. Hehe

Gaul sampai sebati.

Susun korang punya papercup siap2. 

Haa masukkan lah dalam papercup tu. Atas tu kita letak almond. Kita hancurkan then tabur lah atas tu. 

Masuk dalam oven selama 20-25minit pada suhu 180c

TINGGGGG!! *oven berbunyi* haa dah siapppp! Hehe


Dah siapppppp. Tunggu sejuk sikit. Sila makannnn hehe 



LOVE,
ArisaExura