Sunday 13 July 2014

Resepi biskut coklat chip ala famous amos!

Bebulan puasa ni memang hot la oven kan. Resepi2 kuih raya pun naik lah kat pc korang kan? Termasuklah kita ni haa. Haha! 

Ok hari ni nak share resepi biskut coklat chip ala-ala famous amos tuuuuu. Ni resepi paling mudah la ni.

Bahan bahan : 

1) 2 cawan gula castor ( kita guna 1stgh cawan je) , 1 buttercup.

2) 4biji kuning , 1 penutup teh esen vanilla. 

3) 4 cawan tepung penaik , 1cawan milo/koko (kita guna koko brand giant je)

4) 1 camcam teh soda bikarbonat , chocolatechips.

Ok sorry for this story tak banyak gambar. Hukhuk. Ok sambung story. 

*sebelum tu panaskan oven 20minit dgn suhu 180c*

Cara-cara : 

Pertama : 

Campurkan bahan 1.

Kedua : 

Campur Bahan 2. Sblm tu kacau dulu kuning telur bersama esen vanilla. 

Ketiga :

Masukkan milo/koko dulu. Pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan 1cawan smpai lah 4cawan. 

Keempat :

Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu chocolatechips ikut suka nak banyak mana.

Kelima : 

Bentukkan ikut suka. Bakar adunan selama 10-15minit dgn suhu 150c. (Time dgn suhu panas ni elok korg adjust sendiri. Ikut oven masin2)

Tadaaaaaaa!!! Mmmdapp hahahahaha 




LOVE,
ArisaExura

Sunday 6 July 2014

Resepi Nutella Brownies (3 bahan je!)

Hari ni nak kongsi resepi Nutella Brownies! Bahan dia 3 je tau. Senang gile nak buat.

Bahan-bahan : 

-Nutella (200g)
-Tepung Gandum (9 sudu besar)
-2 biji telur 

First sekali korang campur nutella dgn 2biji telur. Kacau sampai sebati yer. 


Lepas tu masukkan tepung sikit demi sedikit. Ala korg pakai je mixer. Kita malas nak keluarkan mixer so pakai kekuatan tangan jer. Hehe

Gaul sampai sebati.

Susun korang punya papercup siap2. 

Haa masukkan lah dalam papercup tu. Atas tu kita letak almond. Kita hancurkan then tabur lah atas tu. 

Masuk dalam oven selama 20-25minit pada suhu 180c

TINGGGGG!! *oven berbunyi* haa dah siapppp! Hehe


Dah siapppppp. Tunggu sejuk sikit. Sila makannnn hehe 



LOVE,
ArisaExura