Sunday 25 May 2014

Pengalaman jalan-jalan di Bali (Part 2) LAST

Meow.

Hari sambung hari kedua bersama Pak Yardi. Kali ni tempat dia menarik2. Main-main air laaa yer.

Tanjung Benua/Nusa Dua.

Dekat sini banyak aktiviti la. Semua aktiviti air yer. Contohnyaa parasailing,banana boat,diving,ocean walker, turtle island dan banyak lagi. Ktorg pergi turtle island jer. 

Time ni tunggu boat nak pergi turtle island. 

Fuhh panas + pening (nak muntah) hehe

Sampai je ada orang yang jaga tempat tu bawak kami jalan2 kat kawasan dia la. First penyuuuuuuu
Yang ni ringan sikit.
Yang ni hubby tak larat nak angkat. Berat bebenor. Mungkin lebih berat dr besi2 yang dia angkat kat gym. Kikikikiki

Kat sini bukan ada penyu je. Kelawar,helang,ular lagi macam2 lah


Nah muka gemok dan takut kita. Wuwuwu

Yang ni errrr geliiiiiiiiiiiiii :/

Acah acah tak geliiiiii. 
Gambar dengan binatang lain takde. Hehe

Next kita g lunch. Lepas lunch pergi destinasi seterusnyaaaa

Tanah Lot

CANTIKKKKNYAAAAAAAAAAAAA

Tanah Lot ni ombak2 rindu dia kuat gilaaa. So jangan nak sampai ke hujung2 batu tu sangat eh. Berhati hati pls.

Next, Uluwatu 


Yang bestnya kat sini boleh tengok sunset. Tapi masa ni kami tak dapat tengok. Awan teballll menutupi sunset kuuu~ oh kat sini banyak monyet. So jaga2 la yer. TIPS Kalau boleh korang cakap korang from jakarta. Murah sikit. Macam ktorg Pak Yardi ni bijak,dia cakap kami org jakarta. Hehe so kena dalam 10ribu rupiah. Mat2 and minah2 salleh kena 50ribu rupiah kauuu. So kena bijak2 sikit eh. 

Last skali Pak Yardi bawak g beach. 

Padang-padang beach.

Ada 3 section tangga. So faham2 la kalau nak balik nnt penattttttttt. Hehe tapi takpe beach cantikkkkkkk 

Ok ni jelah destinasi yang kami redah berdua dan di temani Pak Yardi. Hiks. Ada lagi beach tak sempat pergi. Dreamland beach. Next time ada rezeki kami singgah yer. Maklum la tak puas 4hari 3malam niii. Heharap Malindo Air ada buat promo best lagi. Ok selamat membacaaaaaa~ 


LOVE,
ArisaExura




Thursday 22 May 2014

Pengalaman jalan-jalan di Bali (Part 1)

Meow.

Pepagi excited nak story tempat2 cantik di Bali. Hehe. Hari pertama fullday Pak Yardi bawak jejalan. 8:30am dia dah tunggu. Pagi sampai ke malammmm. 

Tempat pertama ....

Painter ( kedai lukisan )
Lawa2 gambar kat sini. 

Tak beli pun lukisan dia. Mahallllll hehehe mesti la mahal lukisan tu semua power tau. Hehe

Next, tempat kedua ....

Gold & Silver Collection (Sari Dewi) ni tempat orang buat silver la apa lg enn 


Sorry gambar google je. Gambar laki bini je satu. Hehe. Sbb pic lain dalam camera satu lagi. Hehehe kalau nak beli standby duit banyak sikit. Leh tahan mahal gak. Tp try la cakap bisa kurang? Mau buat ole2. Insyaallah dapat kurang banyak woi!! Hahaha sbb dah test. Hehe

Tempat ketiga ....

Tempat buat Batik. 

Dalam kedai dia tak benarkan ambil gambar. So takde gambar dalam kedai :/

Now tempat ke empat ...

Wood Carving (actually tempat ni semua sebelah2 jer) tapi jauh dr Kuta la yer. Hehe

Opst! Kakakaka
Apa la abang ni. Bahahaha 
Memacam jenis patung adoooo. Hee

Seterusnyaaaa tempat ke lima! 

Tegallalang Rice 

Kat sini lawa gilaaaaa. Hijauuuuuuu jerr permandangannnnnn


Lepas tu pergi tengok luwak. Tau luwak? Haha musang. So kalau musang ni mst korang tau apa destinasi dia kan? Luwak coffee. Bukan luwak coffee je ada, macam2 jenis coffee ada. For free lagi tau. Yang bayar coffee luwak jelah. 50ribu rupiah. Tempat ni agak sejukkkk. Sbb naik bukit/gunung (tak sure mana 1) hehe

Bali Coffee & Luwak Coffee
Ini tahi musanggggg. Euw. Hehehe tp dia bebulat sbb musang tu makan kopi. Lebih kurang camtuh.
Dia kopek kulit kopi tuuuuu. Dlm dia warna putih.
Haa camtuhhhh. Then dia dah cuci pastu bakarrrrrr/masak
Macam tuh. 
Lalu kami di ambilnya bekerja di sini yaa. Hahaha! 
Ni la kopi2 dia. Semuanya sedap. 
Bali coffee je kita suka. Pahittttt hehe. Lemongrass tea dia terbaekkkk

Now dah lapar. Pak Yardi bawak pergi makan ngadap volcanooooo tau! Jom tgk ktorg lunch dekat Kintamaniiiiii. Weehoo! 

Kintamani (Volcano)

Malas nak edit kasi terang. Haha
Nyum nyum.

Dekat sini ada ala carte & buffet. Buffet 120ribu rupiah sorang. Sape kuat makan boleh la buffet macam hubby kita. Hehe. Syok makan sini. Sambil tgk permandangan yang sangat cantik. 

Lepas makan lunch ni kita pergi temple.

Tirtha Empul Temple.

Kat sini dia bg semua yang nak masuk pakai kain. Sini tempat mereka sembahyang.

Tadaaaaaaa~
Ikan dia sihat sihat belakaaaaaa
Yang pic last jalan keluar temple. Tp bijak dorg buat2 kedai kat sini. So kat sini korang pasti di tarik oleh peniaga2 tu sume. Jaga2 hahaha! Kat sini duit ringgit pun dia tak kisah. Boleh je apa je tak boleh! 

Before tu sempat g kedai ole2 kat area sini la. Masa tu kira otw nak balik kuta. Nama kedai ni Cening Bagus (pasar oleh-oleh khas bali) signboard dia tulis gitu. 

Sorry ni pic google jer. Actually sini lagi murah dr Krishna. Kalau singgah beli je kain ke apa ke kat sini. Kita rugi tak beli banyak. Beli sikit je. Sbb ingat Krishna tu murah la sgt. Hahaha 

Last utk fullday hari pertama dgn supir ! Dinner yahooooo.

Jimbaran ...

Kat sini memang orang2 honeymoon wajib makan la. Kedai menghadap laut. Sebelah tu airport so nampak la kapal terbang landing. Hehe. Makan sini standby la sejuta lebih rupiah yer. Seafood menu dia. 

Ni kami berdua punyaaaaaa. Mmmdap
Member makan sorang. Lauk banyak lak tu
Ni konsert utk orang yang makan. Haha
Ni muka dah kenyangggggggg .

Ok sampai sini saja utk fullday hari pertama with supir.
Next kita sambung fullday hari kedua with supir.

LOVE,
ArisaExura